الخميس، 27 ديسمبر 2012

Awak Bagi Signal?

Assalaaaaamualaikum!

Korang, kenapa ek susahnya nak lupakan orang? Padahal kita dengan orang tu bukan ada apa-apa pertalian ikatan pun. Mungkin ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Pandang sekali terus tertaut hati? Astaghfirullahalazim.

Sebenarnya harini aku banyak muhasabah diri balik, aku tak tahulah. Sejak dua menjak ni aku rasa macam aku jauh sangat dengan Tuhan, lagi lah sebab aku cutikan, aku rasa sunyi, rasa hidup aku kosong sangat, walaupun aku tahu Tuhan tu ada je ruang untuk aku, Dia ada je kat mana-mana, Dia sentiasa dekat dan dengar apa saja luahan hatiku.

Tapi aku yang leka, aku yang alpa, hanya tahu meminta padaNya bila masa susah, bila masa senang pegang al-Quran pun tak. Allah, maafkan hambaMu ini. (elok pulak lagu KeredhaanMu - InTeam tengah terpasang ni) Dan sekarang, aku ingin memohon sesuatu lagi padaMu wahai Tuhanku.

"Allah, andai benar dia jodohku yang akan meningkatkan cintaku padaMu ya Allah, aku mohon Kau satukan kami dalam lembayung rahmatMu. Aku tak mahu rasa cinta ini membebankanku, dan aku tak mahu rasa kasih dan sayang padanya lebih daripada kasih, cinta dan sayangku padaMu ya Allah. Aku tak mahu keranaya aku leka dan lalai padaMu. Engkau Maha Mengetahui segala ya Allah.

Wahai Allah, tapi andai dia bukan siapa-siapa untukku, andai dia bukan bakal imamku yang bakal meningkatkan rasa cintaku pada Mu ya Allah, aku mohon kau hapuskan ingatanku padanya. Kau tahukan aku tak sepatutnya merindui pada sesiapa yang tak halal buatku, apatah lagi jika ingatan itu melebihi ingatanku padaMu"

*   *   *

Awak, awak bagi signal ke kat saya? Sampai sekarang saya masih taktahu lagi siapa awak, saya masih tak tahu siapa pemilik nombor tersebut, tapi saya tak tahu kenapa firasat saya kuat mengatakan bahawa itu adalah awak. Sejak awak tiba-tiba tegur saya haritu, tidak pernah sesaat pun saya tak terfikirkan awak. Bila saya buka laman sosial, notifikasi awak banyak sangat. Yelah, awakkan rajin share ilmu dan cerita-cerita menarikkan...

Tapi, kenapa setiap pagi pukul 3 awak hantar mesej suruh telefon awak balik? Awak memang nak saya suruh bangun qiam ke? Awak tahu tak, bila awak buat macam ni, automatik setiap pagi pukul 3-4 saya akan terjaga, check handphone dan terus tak boleh tidur. Tapi saya tak boleh nak solat, jadi saya bangun study. Saya tak berani nak reply mesej tu, sebab saya taknak awak fikir yang saya memang eksaited bila dapat mesej daripada awak.

Awak, terima kasih ya.

Kalau betul semua ni kerja awak, saya harap awak tak hampakan saya. Saya dah tunggu awak sejak sekolah. Saya tahu awak tak penat layan saya. Walaupun saya ni tak cantik, tapi awak tak sombong. Satu momen yang paling saya ingat, yang membuatkan saya sangat jatuh hati pada awak adalah, bila pertama kali saya ternampak awak pakai spekmata, masa tu malam prep, kita terserempak di tepi tangga sekolah. Awak tahu saya sebenarnya tak terkelip mata tengok awak, awak pakai baju melayu biru dengan kain pelekat. Lepas tu awak senyum, nampak lesung pipit yang dalam tu. Comel sangat <3

Tapi bila difikir balik, saya rasa saya tak layak untuk awak. Awak kacak, comel, baik, mengaji agama, suara sedap, pernah famous kat sekolah, semua orang kenal awak. Kita ni ibarat lesung dengan pipit, awak lesung saya pipit sebab saya takde lesung pipit. HAHAHA

Lepas saya tahu awak nak datang sini pun saya eksaited, kita jumpa masa reunion haritu, awak je yang selalu tegur saya dan faham saya bila saya tak pakai spekmata, mesti saya tak akan dengar sangat apa yang orang cakap dan of course saya tak nampak orang. Awak tahu kenapa saya buat macam tu? Sebab saya malu nak bertentang mata direct dengan awak. Betul. Saya ni saaaaaangat pemalu pada orang yang saya suka.

Masa awak dah sampai kat sini, saya ada jugak tanya pada member-member lain, diorang tahu tak awak siapa, awak duduk mana semua-semua tapi takde la nak tanya lebih-lebih sebab kang lain pulak diorang pandang. First time kita jumpa kat sini yang paling saya ingat masa awak teman saya balik. Sebenarnya saya segan nak suruh awak, tapi awak jelah satu-satunya orang yang kenal dan 'rapat' dengan saya. so takdelah kekok sangat. Tapi lepas awak hantar mesej berjela pada saya lepas sampai kat rumah tu, awak tahu saya sedih sangat, dan sampai tu saya boikot awak. Hehe

Tapi sedar tak sedar lepas tu kita ada je terserempak, cuma saya buat-buat tak nampak awak. Saya nak awak dalam bas tau, padahal waktu tu saya kat luar bas lagi, tapi yelah buat apa nak pandang, buat sakit hati je masa tu (jual mahal la konon) tapi member saya cakap yang awak senyum, awak tak senyum kat saya pun kan? :P

Okaylah awak. Saya nak exam ni, saya pun tahu awak nak exam dah next week, tapi saya taktahu la nak hantar mesej ke tak sebab nanti nampak sangat yang memang saya tengah tunggu awak. Saya harap awak dapat buat betul-betul dan buktikan pada semua orang yang awak pun boleh berjaya macam orang lain.

Gudluck ye.

Babai.

Salam sayang dari saya, Aisha.