الخميس، 27 ديسمبر 2012

Awak Bagi Signal?

Assalaaaaamualaikum!

Korang, kenapa ek susahnya nak lupakan orang? Padahal kita dengan orang tu bukan ada apa-apa pertalian ikatan pun. Mungkin ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Pandang sekali terus tertaut hati? Astaghfirullahalazim.

Sebenarnya harini aku banyak muhasabah diri balik, aku tak tahulah. Sejak dua menjak ni aku rasa macam aku jauh sangat dengan Tuhan, lagi lah sebab aku cutikan, aku rasa sunyi, rasa hidup aku kosong sangat, walaupun aku tahu Tuhan tu ada je ruang untuk aku, Dia ada je kat mana-mana, Dia sentiasa dekat dan dengar apa saja luahan hatiku.

Tapi aku yang leka, aku yang alpa, hanya tahu meminta padaNya bila masa susah, bila masa senang pegang al-Quran pun tak. Allah, maafkan hambaMu ini. (elok pulak lagu KeredhaanMu - InTeam tengah terpasang ni) Dan sekarang, aku ingin memohon sesuatu lagi padaMu wahai Tuhanku.

"Allah, andai benar dia jodohku yang akan meningkatkan cintaku padaMu ya Allah, aku mohon Kau satukan kami dalam lembayung rahmatMu. Aku tak mahu rasa cinta ini membebankanku, dan aku tak mahu rasa kasih dan sayang padanya lebih daripada kasih, cinta dan sayangku padaMu ya Allah. Aku tak mahu keranaya aku leka dan lalai padaMu. Engkau Maha Mengetahui segala ya Allah.

Wahai Allah, tapi andai dia bukan siapa-siapa untukku, andai dia bukan bakal imamku yang bakal meningkatkan rasa cintaku pada Mu ya Allah, aku mohon kau hapuskan ingatanku padanya. Kau tahukan aku tak sepatutnya merindui pada sesiapa yang tak halal buatku, apatah lagi jika ingatan itu melebihi ingatanku padaMu"

*   *   *

Awak, awak bagi signal ke kat saya? Sampai sekarang saya masih taktahu lagi siapa awak, saya masih tak tahu siapa pemilik nombor tersebut, tapi saya tak tahu kenapa firasat saya kuat mengatakan bahawa itu adalah awak. Sejak awak tiba-tiba tegur saya haritu, tidak pernah sesaat pun saya tak terfikirkan awak. Bila saya buka laman sosial, notifikasi awak banyak sangat. Yelah, awakkan rajin share ilmu dan cerita-cerita menarikkan...

Tapi, kenapa setiap pagi pukul 3 awak hantar mesej suruh telefon awak balik? Awak memang nak saya suruh bangun qiam ke? Awak tahu tak, bila awak buat macam ni, automatik setiap pagi pukul 3-4 saya akan terjaga, check handphone dan terus tak boleh tidur. Tapi saya tak boleh nak solat, jadi saya bangun study. Saya tak berani nak reply mesej tu, sebab saya taknak awak fikir yang saya memang eksaited bila dapat mesej daripada awak.

Awak, terima kasih ya.

Kalau betul semua ni kerja awak, saya harap awak tak hampakan saya. Saya dah tunggu awak sejak sekolah. Saya tahu awak tak penat layan saya. Walaupun saya ni tak cantik, tapi awak tak sombong. Satu momen yang paling saya ingat, yang membuatkan saya sangat jatuh hati pada awak adalah, bila pertama kali saya ternampak awak pakai spekmata, masa tu malam prep, kita terserempak di tepi tangga sekolah. Awak tahu saya sebenarnya tak terkelip mata tengok awak, awak pakai baju melayu biru dengan kain pelekat. Lepas tu awak senyum, nampak lesung pipit yang dalam tu. Comel sangat <3

Tapi bila difikir balik, saya rasa saya tak layak untuk awak. Awak kacak, comel, baik, mengaji agama, suara sedap, pernah famous kat sekolah, semua orang kenal awak. Kita ni ibarat lesung dengan pipit, awak lesung saya pipit sebab saya takde lesung pipit. HAHAHA

Lepas saya tahu awak nak datang sini pun saya eksaited, kita jumpa masa reunion haritu, awak je yang selalu tegur saya dan faham saya bila saya tak pakai spekmata, mesti saya tak akan dengar sangat apa yang orang cakap dan of course saya tak nampak orang. Awak tahu kenapa saya buat macam tu? Sebab saya malu nak bertentang mata direct dengan awak. Betul. Saya ni saaaaaangat pemalu pada orang yang saya suka.

Masa awak dah sampai kat sini, saya ada jugak tanya pada member-member lain, diorang tahu tak awak siapa, awak duduk mana semua-semua tapi takde la nak tanya lebih-lebih sebab kang lain pulak diorang pandang. First time kita jumpa kat sini yang paling saya ingat masa awak teman saya balik. Sebenarnya saya segan nak suruh awak, tapi awak jelah satu-satunya orang yang kenal dan 'rapat' dengan saya. so takdelah kekok sangat. Tapi lepas awak hantar mesej berjela pada saya lepas sampai kat rumah tu, awak tahu saya sedih sangat, dan sampai tu saya boikot awak. Hehe

Tapi sedar tak sedar lepas tu kita ada je terserempak, cuma saya buat-buat tak nampak awak. Saya nak awak dalam bas tau, padahal waktu tu saya kat luar bas lagi, tapi yelah buat apa nak pandang, buat sakit hati je masa tu (jual mahal la konon) tapi member saya cakap yang awak senyum, awak tak senyum kat saya pun kan? :P

Okaylah awak. Saya nak exam ni, saya pun tahu awak nak exam dah next week, tapi saya taktahu la nak hantar mesej ke tak sebab nanti nampak sangat yang memang saya tengah tunggu awak. Saya harap awak dapat buat betul-betul dan buktikan pada semua orang yang awak pun boleh berjaya macam orang lain.

Gudluck ye.

Babai.

Salam sayang dari saya, Aisha.



الثلاثاء، 8 مايو 2012

Selamat Periksa Ya Awak!

Hai awak, selamat pagi.

Awak tahu tak sebenarnya saya asyik teringat je tarikh harini, daripada semalam sebenarnya saya teringat-ingat (even saya taknak pun ingat) Huhuhu awak exam kan hari ni? Moga selamat ya semuanya!

*     *     *     *     *

Kfine.

Memang geli la kan kalau aku tulis macam tu. Yek.

Huhu aku tension ni (tadi) tapi lepas baca blog Fatin pasal Korea tu, peh aku terus jadi lupa nak tulis apa. HAHAH bagus betul. Kira hipotesis aku pasal nak distract attention adalah dengan baca blog.

So apa yang aku nak tulis ni?

Err..

Oh, sebenarnya dari pagi Subuh tadi, aku asyik teringat kat dia tiba-tiba.Can you imagine dah nak start solat dah ni tiba-tiba muka dia terpampang depan aku (okay not kind of hantu tapi it's just pop-out suddenly) Haihhh shaitonirrojim ni kalau bab goda aku ingat kat orang laju je kan. lel =.=

Aku then tahan diri aku dari online harini, yelah aku taknak tetiba dia perasan aku online ke, tetiba tanya nak wish ke apa, LOL aku yang perasan ni ha, macam lah dia ingat kat aku pagi-pagi nak exam. Tengok aku ni ha yang kemaruk ingat dia lebih-lebih.

Hoi macik. Jangan perasan la. Wekap bebebebebhhhhhh!

Dah, aku taktau nak cakap apa dah sebab aku dah tak tension. hahaha kang tutup laptop tension balik. No nowayyy harini kena belajar. Kata nak jadi budak pandai kan. Hihi~

SELAMAT PERIKSA YA AWAK! 

Saya tahu awak tak baca benda ni and even awak tak tahu pun saya ada buat blog pasal awak ni. Takpe, ini memang untuk saya baca sorang-sorang je. Kalau betul saya dan awak ada jodoh (kfine geli aku) nanti saya kasi kat awak. (hahahaha macam berani) LOL

SEMOGA AWAK BERJAYA DENGAN CEMERLANG!

Ps.saya tak sanggup nak wish kat awak kat fb ke kat twitter ke sebab saya tahu saya bukan yang halal untuk awak jadi saya cerita jela sengsorang kat blog ni. Nasib ada kau kan blog!

^_^


السبت، 21 أبريل 2012

Mujahadah itu Pahit tapi Kesannya Manis

Susahnyaaaaaaaaa!

Susahnya mujahadah ni. Susahnya menahan diri ni. Susahnya sabarkan hati. Susahnya tahankan nafsu ni. Again...

Susahnyaaaa!

Ye, aku dah tahan perasaan ini sejak sekolah. Okay mungkinlah masa sekolah dulu perasaan suka-suka, crushed cinta monyet orang cakap, tapi kalau dah sampai universiti sekarang, how come?

Aku akui, mungkin aku dah sangat-sangat cintakan dia? Aku sebenarnya tak sanggup nak taip perkataan CINTA tu sendiri, sebab bagi aku ianya perasaan yang susah untuk diluahkan dan diperkatakan. Yeh, aku ego dalam nak menyampaikan kata-kata cinta dan sayang, even pada family aku sendiri.

Aku cinta dia kah?? Susahnya pendam sendiri.. :(

Dia ni pulak sejak dua menjak ni dia macam bagi satu makna buat aku, dia suka tunjukkan yang dia ni positif nakkan sesuatu dari aku, cara dia buat aku rasa aku dihargai oleh dia. Kenapa dia buat semua ni? Kenapa? Dia suka sangat tegur aku tiba-tiba, kadang-kadang takde sebab pun.

Dia ni dah tau ke apa yang aku rasaaaaa???


Allah....

Kalau betul dia jodoh aku, aku mohon, kau simpankan rasa cinta dan sayang ini pada suatu masa yang betul-betul halal buat aku dan dia. Aku tak mahu cinta aku pada dia lebih dari cinta aku pada Kau. Aku nak cari cinta Kau dulu wahai Allah. Aku tau aku hamba yang jahat, aku banyak buat dosa, BANYAK SANGAT!

Tapi ya Allah andai dia bukan jodohku, aku mohon dengan sangat, kau hindarkan aku pada rasa cinta nafsu yang durjana ini, aku mohon kau jauhkan aku dari segala benda yang menggoda aku dari benda-benda yang tak patut niiiiiiiii!!!

:(

Sungguhlah mujahadah, aku memang cuba untuk jauhkan diri dari dia, aku cuba untuk tidak tegur dia even kat twitter pun, tapi alahai kenapa kau mesti datang jugak, kenapa mesti ada orang sebut nama kau depan aku? Dan kenapa mesti kau berdegup dengan laju wahai cik jantung? Kenapa kau mesti automatik memulas wahai cik intestine?

=.=

Tapi kalau mujahadah aku berjaya, dan insyaALLAH aku memang ada jodoh dengan dia, alhamdulillah, rasa tak sia-sia. Aku tau nikmat cinta lepas kahwin tu lebih hebat, dan aku memang menunggu waktu itu. Tapi kalau dengan orang lain pun takpe, janji orang tu mampu jadi imam aku, mampu didik aku dan anak-anak aku nanti insyaALLAH!

*woah dah sampai masuk bab anak ni, jauh betul fikir*

okay perasaan dah release sikit harap aku boleh sambung belajar.

amin...