السبت، 21 أبريل 2012

Mujahadah itu Pahit tapi Kesannya Manis

Susahnyaaaaaaaaa!

Susahnya mujahadah ni. Susahnya menahan diri ni. Susahnya sabarkan hati. Susahnya tahankan nafsu ni. Again...

Susahnyaaaa!

Ye, aku dah tahan perasaan ini sejak sekolah. Okay mungkinlah masa sekolah dulu perasaan suka-suka, crushed cinta monyet orang cakap, tapi kalau dah sampai universiti sekarang, how come?

Aku akui, mungkin aku dah sangat-sangat cintakan dia? Aku sebenarnya tak sanggup nak taip perkataan CINTA tu sendiri, sebab bagi aku ianya perasaan yang susah untuk diluahkan dan diperkatakan. Yeh, aku ego dalam nak menyampaikan kata-kata cinta dan sayang, even pada family aku sendiri.

Aku cinta dia kah?? Susahnya pendam sendiri.. :(

Dia ni pulak sejak dua menjak ni dia macam bagi satu makna buat aku, dia suka tunjukkan yang dia ni positif nakkan sesuatu dari aku, cara dia buat aku rasa aku dihargai oleh dia. Kenapa dia buat semua ni? Kenapa? Dia suka sangat tegur aku tiba-tiba, kadang-kadang takde sebab pun.

Dia ni dah tau ke apa yang aku rasaaaaa???


Allah....

Kalau betul dia jodoh aku, aku mohon, kau simpankan rasa cinta dan sayang ini pada suatu masa yang betul-betul halal buat aku dan dia. Aku tak mahu cinta aku pada dia lebih dari cinta aku pada Kau. Aku nak cari cinta Kau dulu wahai Allah. Aku tau aku hamba yang jahat, aku banyak buat dosa, BANYAK SANGAT!

Tapi ya Allah andai dia bukan jodohku, aku mohon dengan sangat, kau hindarkan aku pada rasa cinta nafsu yang durjana ini, aku mohon kau jauhkan aku dari segala benda yang menggoda aku dari benda-benda yang tak patut niiiiiiiii!!!

:(

Sungguhlah mujahadah, aku memang cuba untuk jauhkan diri dari dia, aku cuba untuk tidak tegur dia even kat twitter pun, tapi alahai kenapa kau mesti datang jugak, kenapa mesti ada orang sebut nama kau depan aku? Dan kenapa mesti kau berdegup dengan laju wahai cik jantung? Kenapa kau mesti automatik memulas wahai cik intestine?

=.=

Tapi kalau mujahadah aku berjaya, dan insyaALLAH aku memang ada jodoh dengan dia, alhamdulillah, rasa tak sia-sia. Aku tau nikmat cinta lepas kahwin tu lebih hebat, dan aku memang menunggu waktu itu. Tapi kalau dengan orang lain pun takpe, janji orang tu mampu jadi imam aku, mampu didik aku dan anak-anak aku nanti insyaALLAH!

*woah dah sampai masuk bab anak ni, jauh betul fikir*

okay perasaan dah release sikit harap aku boleh sambung belajar.

amin...

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق